Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
« March 2009 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
Entries by Topic
All topics  «
Web Sekolah
Utama
Kurikulum
Hem
You are not logged in. Log in
skkampongtenang
Sunday, 1 March 2009
Pengenalan
 Selamat Datang Ke Web Sekolah Kami ... Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang, Labis, Johor.

    Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang telah dibuka pada   9 Mac 1930 dengan nama Sekolah Melayu Tenang. Tapak asalnya di tebing sungai Tenang.Tokoh-tokoh yang banyak berjasa hingga tertubuhnya sekolah ini termasuklah allahyarham Muhamad bin Yaakob, allahyarham Ali bin Siman, allahyarham Md Arief bin Yusuf dan allahyarham Hj Abdul Rashid bin Abu Bakar.
      Mulai tahun 1990 sekolah ini telah dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Kampong Tenang Labis. Pada peringkat awalnya sekolah ini menampung murid-murid Melayu dari Kampung-kampung sekitar seperti Kampung Sawah Bahru,Pekan Air Panas,Kepoh Dan Kampong Redong.
       Yang Mulia Raja Haji Muhamad Mahyuddin bin Kudin adalah Guru Besar Pertama (1930-1931)Sehingga kini seramai 19 orang Guru Besar telah bertugas di sekolah ini.En.Jantan bin Omar merupakan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Pertama ditubuhkan pada tahun 1959.
      Sekolah ini terpaksa ditutup pada tahun 1943-1945 semasa perang Dunia Kedua, Sekolah ini juga pernah berjasa semasa zaman Darurat.Sekolah ini menjadi pusat pembekalan kepada tentera British ketika melawan penganas-penganas komunis pada ketika itu.Tahun bersilih berganti .Masa terus berlalu. Kini sekolah ini menjadi begitu dewasa dan turut menerima perubahan.
       Kemudahan bangunan baru , fizikal sekolah dan sebagainya telah berubah dan semakin maju.Sekolah ini kira-kira 19 kilometer daripada Pekan Labis. Sekolah yang berhampiran di sekitar ialah SK Pekan Air , SJK Cina Tenang dan SK sawah Bahru.Guru besar pada tahun 2005 sehinga kini ialah En.Ismail bin Jais.
 

Posted by aliskkt at 8:27 AM EST
Updated: Sunday, 1 March 2009 8:31 AM EST
Post Comment | Permalink | Share This Post

View Latest Entries